• Blog Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam dan zon-zon yang terdapat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang

    Friday 6 October 2017

    PENGENALAN





    Pokok Ramin Daun Tebal, juga digelarkan Pokok Kayu Karut, merupakaan sejenis pokok kayu keras yang berasal dari AsiaTenggara, khususnya di Malaysia,  Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, dan Papua New Guinea. Pokok ini bertumbuh dengan perlahan, khususnya di hutan paya. Nama botaninya Gonystylus brunnescens Airy Shaw. Kayu dari pokok Ramin ini amat popular disebabkan ia lebih keras dan warnanya lebih muda berbanding banyak kayu keras yang lain





    Zon Ramin merupakan salah satu zon yang dinilai dalam pensijilan EKSA Jabatan Ukur dan Pemetaan ( JUPEM ) Pahang . Kawasan seliaan Zon Ramin merangkumi beberapa kawasan iaitu aras dua dan tiga di Blok A, bilik kebal, bilik operasi UAV, pondok pengawal, kawasan tempat letak kereta pelawat dan kawasan kantin.



    Bagi memudahkan aktiviti penyeliaan  di Zon Ramin, setiap peralatan gunasama seperti mesin pencetak, penghawa dingin, pemotong kertas dan lain-lain telah dilantik seorang Person In Charge (PIC) ,begitu juga di ruang gunasama seperti tandas, papan kenyataan seksyen , pantri dan lain-lain.

    No comments:

    Post a Comment

    EKSA JUPEM PAHANG

    EKSA JUPEM PAHANG
    "Amal EKSA, Kerja SELESA"

    AMARAN

    EKSA JUPEM Pahang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam blog ini.

    TARIKH KEMASKINI

    06/07/2020